Siap 10 ribu langkah lagi hari ni. Dulu payah gak la nak buat 10 ribu langkah bawah 2 jam ni. Aku ialah spesis yang tak suka berlari. Aku lebih suka berjalan menikmati hari berbanding lari. Hahaha.. Dulu masa main bolasepak pun gitu gak. Sebab tu aku tak terpilih main negara..gitu ! Hahaha.. Ok ok..
Selepas bersukan, terasa kehilangan tenaga yang amat sangat. Tapi tidaklah sampai tahap merangkak balik rumah. Heee.. masih bertenaga cuma penat tu , terasa la. Lebih lebih lagi dengan usia sekarang ni.. Fuh ! Apa yang aku buat ialah lepas workout, aku minum air isotonik yang ada dijual di kompleks sukan tu. Pergh.. memang padu laaa ! Hilang terus dahaga dan keletihan. Tenaga pulih seperti sediakala walaupun tak sampai la 100% ! Tapi ada kesan sampingan buat aku.. Buat aku yer. Orang lain tu aku tak tau la.. Apakah itu ??? Berat badan aku naik ! Kenapa ??? Kandungan GULA yang tinggi ! Boleh baca di artikal Adakah Minuman Tenanga Sebenarnya Membantu Anda atau Hanya Memberikan Anda Kegemukan